Surau SMK Bandar Banting mula dibuka pada bulan Jun 2004 , yang pada mulanya dapat menampung hanya 200 orang dalam satu masa.
|
SURAU AL-KAUTHAR sebelum dinaiktaraf dan hanya boleh menampung 200 orang dalam satu masa |
|
Pintu masuk utama dewan solat |
Dewan solat lelaki dan wanita dipisahkan dengan tirai
Berkat usaha pelbagai pihak terutamanya guru-guru dan PIBG , surau ini kemudian berjaya dinaiktaraf pada bulan Februari - Jun 2010.
|
dewan solat wanita yang sedang dinaiktaraf |
setelah dinaiktaraf, SURAU AL-KAUTHAR,boleh menampung seramai 800 orang dalam satu masa
Surau ini dikenali dengan nama AL-KAUTHAR yang menjanjikan tempat yang selesa dan kondusif kepada warga SMK Bandar Banting untuk beribadah . Kini surau ini dapat menampung seramai 800 orang jemaah dalam satu masa.
|
Dewan solat lelaki |
|
Dewan solat Wanita
|
|
kelas pengajaran dan pembelajaran |
|
Ruang wuduk dan tandas |
Surau ini mempunyai dua dewan utama solat ; lelaki dan wanita,balkoni di kiri dan kanan yang menjadi tempat solat dan kelas pengajaran dan pembelajaran , ruang wuduk dan tandas untuk jemaah lelaki dan wanita . Kini surau AL-KAUTHAR juga telah dilengkapi dengan satu unit LCD dan empat unit penghawa dingin.
Surau AL-KAUTHAR bukan sahaja pusat ibadah dan pusat aktiviti bagi pelajar dan guru sekolah ini malah menjadi tumpuan bagi aktiviti keagamaan bagi Panitia Pendidikan Islam Daerah Kuala Langat.
LANDSKAP SURAU AL-KAUTHAR
Created with flickr slideshow.
No comments:
Post a Comment